Sunday, 23 July 2017

Sepi Mencari Sepi

Pada malam dingin
Hati terasa kosong
Bererti dia sepi?
Dan dia berlalu pergi
Bertongkat mata melalui malam
Malam yang sepi
Suram, kelam dan gelap
Berdiri, kadang dia duduk
Duduk menghadap pada satu hala.
Hala itu cukup sepi
Orang memandang mungkin rasa dia sepi
Sayup sahaja.
Senyap.
Tidak.
Dia tidak mencari sepi
Dia mencari Allah.
Sepi mencari sepi
Hanya di mata manusia biasa
Tapi si sepi mencari Illahi
Ada di mata hati.

Thursday, 11 May 2017

Biarkan pergi

Biarkan semua pergi
Lihat apa yang tinggal

Biarkan semua pergi
Lihat siapa yang tinggal

Biarkan semua pergi
Nanti kau boleh berdikari

Biarkan semua pergi
Nanti kau boleh berdiri sendiri

Semua pergi bukan karena ego
Tapi mungkin kerana yang terbaik
Terbaik buat kamu
Apa mungkin kerana mereka

Tuhan menentukan takdir
Kerana yang terbaik..
Untuk semua

Monday, 8 May 2017

Berkira-kira Soal Hidup

Duduk seorang merenung sepi
Memandang jauh ke luar jendela
Merenung jauh fikir diri berkira-kira
Berkira-kira soal kita
Berkira-kira tentang masa kita
Berapa lama masa lampau kita?
Berapa lama masa kini kita?
Berapa lama masa di hadapan kita?


Bumi, alam dan lain-lain.
Nanti kita tinggal sendiri,
Kita bakal berkira-kira.
Berkira-kira baiknya kita.
Berkira-kira kekurangan kita.
Semoga baik kita melebihi dari yang tadi.


Kita kembali menuju sang Pencipta.
Yang Maha Agung,
Tiada lebih agung dari Yang Maha Agung.
Allah Subhanahu Wa Taa'la.

٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...