Tuesday, 22 May 2018

٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ .

بسم الله الر حمن الرحيم.

Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam.
Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di seluruh dunia berpuasa.

Selama 6 hari ini aku terfikir-fikir.

- Sehari sebelum berpuasa Allah mengirimkan hujan, mungkin menandakan kita basuh dan basahkan bumi sebagai titik permulaan Ramdhan akan bermula.

- Ramadhan pertama hingga ke 5 aku diuji dengan sakit demam, selsema dan batuk. Membuatkan aku hampir ingin berbuka puasa. Allah terima kasih kerana menguji daku. Ujian ini malah menguatkan keyakinan ku bahawa Allah merindui ku.
Sekian lama tidak sakit teruk terbaring, sambil air mata turun kerana suhu badan terlalu panas dan menggigil tanpa henti.
Allah uji sebab nak kita bersedia untuk hapuskan dosa-dosa lama.

- Cuaca yang sekejap panas terik, tiba-tiba diselangi hujan lebat berserta ribut petir.

Allah, jadikan Ramadhan ini sekali lagi pendorong kami untuk menguatkan iman dan bersederhana.

Bantu kami.

Kepada yang membaca ku mendoakan kalian sihat sejahtera, semakin menebal iman didada.
Allah Ada.
Jangan berpaling, jangan lalai.
Allah Ada.

امىن.

Saturday, 12 May 2018

Kembali

Aku duduk seketika.
Di kerusi dan meja belajarku.
Lama sudah aku tak duduk di meja ini.
Duduk dan menulis di sini.
Terakhir kali pada Jun 2016.

Dan selepas itu aku sibuk mencari ruang untuk hidup.
Mencari peluang.
Ku tolak tepi sudut ini.
Ku gunakan untuk meletak beg dan peralatan sahaja.

Dan sekarang,
Aku duduk termenung di sini.
Merenung kembali detik-detik hilai dan tawa aku
Rasanya kali terakhir aku ketawa kuat dengan sepenuh hati adalah pada minggu lepas.
Kurang daripada 10 hari sudah.

Dan kemudian menjadi serius.
10 Hari.
Lama juga.

Aku bermonolog dalaman.
"Mungkin aku perlu mencari hobi."
"Aku perlu masa untuk diri sendiri."

Dan kini ku kembali mencoret.
Mengarang lagi.
Perkara yang aku suka dulu.

Kepada diriku,
Ku ilhamkan kembali blog ini.
Aku akan kembali menulis.

#tinta_pena
' k a n  t u l i s  s e l a g i  m a m p u



٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...