You should begin accept protection from a man that deserved for you. I know you can do everything. You are a small woman that are so protective, caring, loves humanity, independent and so on. I pray for your good life and loves.
You deserved it. Ida.
Saturday, 3 September 2016
Protection
Monday, 29 August 2016
Tujuan Hidup
Selama ni pernah terfikir tak kita hidup untuk apa?
Ada orang hidup 10, 20 tahun kemudian meninggal.
Ada orang lain pula hidup sehingga 80, 90 tahun kemudian meninggal.
Sebenarnya kita ni tahu je tujuan hidup atas dunia ni.
Beribadah kepada Allah dan menjadi Khalifah di dunia.
Tapi itu jawapan yang kita dengar pabila ditujukan soalan.
Cuba kalau tak ditanyakan soalan itu.
Rata-rata ramai yang alpa dengan keseronokan dunia sehingga ada yang terlupa natijah hidup mereka di akhirat nanti.
Renung-renungkan.
Kita wajib bersyukur sebab Allah belum buka aib kita lagi.
Di akhirat mana kita nak lari?
Ada yang merompak, menipu, mencaci, ada yang menderhaka, berbuat maksiat.
Macam-macam perkara berlaku di akhirat nanti.
Ada yang kita sangka baik rupanya jahat.
Ada yang disangka jahat sebenarnya sebaik-baik umat Nabi Muhammad S.A.W.
Ada yang dizalimi dan yang menzalimi.
Kita nak lari mana?
Sekarang ni lah masanya nak berdoa memohon taubat daripada Allah.
Sentiasalah berdoa agar Allah tutupkan aib kita di dunia dan di akhirat nanti.
Dan,
1 hari akhirat bersamaan 1000 tahun dunia.
Ini bukan untuk menakutkan tetapi mengingatkan.
Kita hidup ini tidak tahu lama atau sekejap.
Menyampaikan dan mengingatkan perkara baik satu kewajipan.
Sebelum terlupa dan terleka, selalu beringatkan diri tentang tujuan hidup yang paling utama.
Di dunia ini, keseronokan cuma sedikit tanpa mampu menandingi di syurga.
Kita suka perkara seronok kan?
Jadi lebih baik mencari yang kekal - Syurga.
Semoga para pembaca sentiasa diberkati dan dilindungi oleh Allah S.W.T.
Aameen.
Walllahua'lam.
Malaikat Maut
Kalaulah, sekejap nanti ada makhluk Allah datang berjumpa kita sambil berkata,
"Wahai makhluk Allah, masa kamu di atas bumi Allah ini telah sampai ke akhir. Aku perlu mencabut nyawa kamu sekarang"
Bagaimana perasaan kita waktu tu?
Menggelatar tak lutut kita?
Seram sejuk, tubuh dibasahi peluh sejuk?
Apatah lagi kita masih rasa belum cukup pahala dan tujuan hidup di dunia.
Tapi, lagi terasa takut dan insaf saat itu kita sedang melakukan dosa.
Dah la solat tak cukup, buat dosa lagi, malaikat maut datang baru rasa nak insaf.
Jadi berjanjilah pada diri kita sekarang.
Cuba.
Solatlah 5 waktu dengan betul dan khusyuk.
Solat itu tiang agama.
Ibarat sebuah rumah yang bertiang.
Kalau tanpa tiang, macam mana nak merangka rumah.
Kemudian, berhijrahlah ke arah kebaikan.
Takkan nak tunggu umur mereput 50 60 tahun baru nak kenal arah kiblat.
Huruf Alif Ba Ta.
Surah wajib Solat Al-Fatihah.
Jangan malu untuk berubah.
Orang yang mengejek orang lain yang sedang bertaubat lebih hina-sehinanya.
Apatah lagi menghina orang yang menyampaikan ilmu agama.
Atau nak tunggu sakit baru ingat Tuhan?
Ajal tidak kenal usia.
Lagi satu, saya nak sampaikan.
Kita kuatkan ikatan dengan Allah.
Dengan manusia jangan lupa berbaik-baik.
Dah nak mati, atau dah sakit teruk baru rasa nak bermaafan?
Beringatlah.
Orang kamu seksa jiwa dan batin itu lah yang kamu akan MERANGKAK MENCARI kat akhirat nanti.
Meminta pertolongan memaafkan kesalahan diri.
Wallahua'lam. 😊
Semoga pembaca diberikan keringanan di akhirat.
Aameen.
Friday, 22 July 2016
Kuatkan Minda dan Iman
Tak kami sangka sekuat ini dan sejauh ini
Kami melangkah dan tempuhi.
Dari dulu hingga kini.
Dari jahil ke sini mencari ilmu.
Tapi kami lemah.
Lemah saat kami bersujud
Bersujud menghadap perintah Illahi
Melaksanakan perintahNya yang utuh.
Duhai hati,
Duhai iman.
Jagakan badan dan minda kami.
Tapi kami fikir juga ia bukan milik kami.
Kerana satu perkara.
"Segalanya di atas bumi dan langit malah seluruh semesta serta isinya, juga sebesar zarah darah kamu, infiniti milik hanya yang satu.
Milik Allah"
Allah tidak menguji untuk mencerca dan menyakitkan.
Allah menguji makhluknya kerana sayang dan cinta.
Jika satu datang kerana Allah sayang
Jika satu pergi kerana Allah sayang
Kalau Allah tak cinta kita,
Kenapa Allah cipta semua ini, kan?
Semua sebab cinta.
Ya cintakan Sang Pencipta.
Paling agung.
Baru cintakan makhlukNya.
Allah, tetapkan dan kuatkan iman saya.
Kami tidak berdiri di sini kerana makhluk, tapi kerana Kamu, Allah.
Bersyukur kerana kami Islam.
Kami bersyukur.
Kami cuba kuat, dan teruskan sebaran Islam.
Kuatkan Para Mujahidin dan Mujahadah.
Fisabilillah.
Lillahitaa'la.
Allahuakbar.
Wednesday, 20 July 2016
Ujian dan sebab
Alhamdulillah
Masa mengubah segalanya.
Bukan bermaksud puji diri
Cuma kita tahu siapa kita
Allah tutup aib kita
Allah uji kita
Allah beri rezeki
Allah ambil orang yang kita sayang
Allah bawa pergi orang orang yang kita sayang
Allah hadirkan dan hilangkan orang yang kita sayang
Allah beri kesenangan selepas kesusahan
Itu semua perancangan Allah
Dulu aku susah nak terima banyak perkara
Susah terima teguran
Asyik nak menang
Tapi pabila satu satu perkara datang dan pergi
Saat usia makin bertambah
Baru aku sedar
Kita makin lama makin tua
Aku berfikir sejenak, kita kat dunia ni akan berakhir macam mana la nanti
Lepas dunia, kita ke mana?
Jika yang datang itu kebahagian,
Maka mungkin yang pergi itu kerana kebahagian
Datang dan pergi itu kehidupan.
Ada yang kata, kenapa?
"Rezeki, perancangan, jodoh dan segalanya Allah dah tentukan.
Semuanya sebab kebahagian. Allah tak beri untuk kita rasa sakit, bukan sebab Allah benci tapi sebab Allah sayang"
Sayangnya Allah kat kita melebihi ruang yang ada.
:'(
Allah, tetapkan aku dan pembaca blog ini dengan keadaan yang sekarang atau yang lebih baik disisi Mu. Aameen.
Sunday, 24 April 2016
Life Stronger
But every time you overcome difficulties
You come out stronger
Saturday, 23 April 2016
Apa Kau Tahu?
Jika tanpa nada
Tajuknya sangat kasar dan angkuh.
Tapi bukan itu niat ku.
Apa kau tahu?
Apa yang semakin buat ku kuat dan bertahan?
Apa?
Cinta
Dan kenapa?
Aku hidup kerana cinta.
Cinta dari Allah semestinya tanpa sebarang penafian.
Cinta Ibu Bapa maka ku lahir menjadi sebuah kisah kehidupan.
Cinta keluarga maka ku disini belajar dan belajar sampai ku mereput di dimamah kehidupan
Cinta sahabat maka ku kenal erti kesetian
Dan
Cinta seorang teman
Maka ku kenal erti pengorbanan dan kesungguhan, kesetiaan, kepercayaan,
Dunia ku semakin baru.
Dan baru.
Eih?
Kenapa begitu?
Teman ibarat kedua selepas ibu bapa
*aku mungkin belum memiliki teman, tapi aku cuba faham. Berkata indah memang ringkas tapi detik menghadapinya, kau dan teman akan faham. Percaya.
Kekalkan kepercayaan itu.
Itu kunci kamu.
Teman dan Mimpi
Soal teman, dan hidup ini bukan
Mudah
Asal kita leka dan takut
Segalanya akan berakhir
Tapi,
Saya perlukan semuanya..
Asalkan kamu tahu
Kedua-duanya hanya perasa bagi diri kamu
Kedua-duanya akan hilang sebagai memori
"Sedihkan? Orang yang selalu ciptakan memori bakal berakhir sebagai memori." - Ida
Norma kehidupan.
Kamu harus mengerti.
Hidup bukan sekadar mimpi indah yang
Kamu impikan.
Hidup ini benar-benar realiti.
Realiti, sayang.
Ini realiti, sayang.
Namun, sayangku pada semua yang pernah hadir dalam lena dan realiti
Takkan padam.
Aku cerita yang jujur.
Jujur aku sayang.
Aku cinta.
Benarkan waktu mimpi indah ku dipanjangkan waktunya
Aku belum bersedia untuk sedar kan realiti
Yang nyata.
:'(
٦ رمضان ١٤٣٩
٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...
-
Selama ni pernah terfikir tak kita hidup untuk apa? Ada orang hidup 10, 20 tahun kemudian meninggal. Ada orang lain pula hidup sehingga 80...
-
Life will always try to make things difficult for you But every time you overcome difficulties You come out stronger