Friday, 22 July 2016

Kuatkan Minda dan Iman

Tak kami sangka sekuat ini dan sejauh ini
Kami melangkah dan tempuhi.
Dari dulu hingga kini.
Dari jahil ke sini mencari ilmu.

Tapi kami lemah.
Lemah saat kami bersujud
Bersujud menghadap perintah Illahi
Melaksanakan perintahNya yang utuh.

Duhai hati,
Duhai iman.

Jagakan badan dan minda kami.
Tapi kami fikir juga ia bukan milik kami.
Kerana satu perkara.

"Segalanya di atas bumi dan langit malah seluruh semesta serta isinya, juga sebesar zarah darah kamu, infiniti milik hanya yang satu.
Milik Allah"

Allah tidak menguji untuk mencerca dan menyakitkan.
Allah menguji makhluknya kerana sayang dan cinta.

Jika satu datang kerana Allah sayang
Jika satu pergi kerana Allah sayang

Kalau Allah tak cinta kita,
Kenapa Allah cipta semua ini, kan?

Semua sebab cinta.

Ya cintakan Sang Pencipta.
Paling agung.
Baru cintakan makhlukNya.

Allah, tetapkan dan kuatkan iman saya.
Kami tidak berdiri di sini kerana makhluk, tapi kerana Kamu, Allah.
Bersyukur kerana kami Islam.
Kami bersyukur.
Kami cuba kuat, dan teruskan sebaran Islam.

Kuatkan Para Mujahidin dan Mujahadah.
Fisabilillah.
Lillahitaa'la.
Allahuakbar.

Wednesday, 20 July 2016

Ujian dan sebab

Alhamdulillah
Masa mengubah segalanya.
Bukan bermaksud puji diri
Cuma kita tahu siapa kita

Allah tutup aib kita
Allah uji kita
Allah beri rezeki
Allah ambil orang yang kita sayang
Allah bawa pergi orang orang yang kita sayang
Allah hadirkan dan hilangkan orang yang kita sayang
Allah beri kesenangan selepas kesusahan

Itu semua perancangan Allah

Dulu aku susah nak terima banyak perkara
Susah terima teguran
Asyik nak menang

Tapi pabila satu satu perkara datang dan pergi
Saat usia makin bertambah
Baru aku sedar
Kita makin lama makin tua

Aku berfikir sejenak, kita kat dunia ni akan berakhir macam mana la nanti
Lepas dunia, kita ke mana?

Jika yang datang itu kebahagian,
Maka mungkin yang pergi itu kerana kebahagian

Datang dan pergi itu kehidupan.

Ada yang kata, kenapa?

"Rezeki, perancangan, jodoh dan segalanya Allah dah tentukan.
Semuanya sebab kebahagian. Allah tak beri untuk kita rasa sakit, bukan sebab Allah benci tapi sebab Allah sayang"

Sayangnya Allah kat kita melebihi ruang yang ada.

:'(

Allah, tetapkan aku dan pembaca blog ini dengan keadaan yang sekarang atau yang lebih baik disisi Mu. Aameen.

٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...