Sang Langit
Kadang dia membiru
Kerana dia tenang
dan terang
tanpa masalah.
Sang Langit
Kadang dia memutih
kerana senang hati
Hatinya ceria tanpa rasa
Sang Langit
Kadang dia menguning
Menandakan dia letih
Menjalankan rutin hariannya
Tanpa lelah dan tahu
Sang Langit
Kadang dia menghitam
Kerana memikul beban
Beban air yang memberat
Menghitam menandakan
Dia marah
Tak menentu emosinya.
Sang Langit
Kadang dia mengungu
Kerana dia selesai menangis
Perasaannya bercampur
Tiada yang mampu menduga
Apa dia mahu
Membiru, Memutih, Menguning
Atau Menghitam lagi.
Jangan kau risau Sang Langit
Aku masih bersama kamu
Dan kamu selalu ada buat ku
Hingga aku pergi.
Apa kau mengerti Sang Langit.
*Credit to owner of image
No comments:
Post a Comment