Friday, 22 July 2016

Kuatkan Minda dan Iman

Tak kami sangka sekuat ini dan sejauh ini
Kami melangkah dan tempuhi.
Dari dulu hingga kini.
Dari jahil ke sini mencari ilmu.

Tapi kami lemah.
Lemah saat kami bersujud
Bersujud menghadap perintah Illahi
Melaksanakan perintahNya yang utuh.

Duhai hati,
Duhai iman.

Jagakan badan dan minda kami.
Tapi kami fikir juga ia bukan milik kami.
Kerana satu perkara.

"Segalanya di atas bumi dan langit malah seluruh semesta serta isinya, juga sebesar zarah darah kamu, infiniti milik hanya yang satu.
Milik Allah"

Allah tidak menguji untuk mencerca dan menyakitkan.
Allah menguji makhluknya kerana sayang dan cinta.

Jika satu datang kerana Allah sayang
Jika satu pergi kerana Allah sayang

Kalau Allah tak cinta kita,
Kenapa Allah cipta semua ini, kan?

Semua sebab cinta.

Ya cintakan Sang Pencipta.
Paling agung.
Baru cintakan makhlukNya.

Allah, tetapkan dan kuatkan iman saya.
Kami tidak berdiri di sini kerana makhluk, tapi kerana Kamu, Allah.
Bersyukur kerana kami Islam.
Kami bersyukur.
Kami cuba kuat, dan teruskan sebaran Islam.

Kuatkan Para Mujahidin dan Mujahadah.
Fisabilillah.
Lillahitaa'la.
Allahuakbar.

No comments:

Post a Comment

٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...