Saturday, 12 May 2018

Kembali

Aku duduk seketika.
Di kerusi dan meja belajarku.
Lama sudah aku tak duduk di meja ini.
Duduk dan menulis di sini.
Terakhir kali pada Jun 2016.

Dan selepas itu aku sibuk mencari ruang untuk hidup.
Mencari peluang.
Ku tolak tepi sudut ini.
Ku gunakan untuk meletak beg dan peralatan sahaja.

Dan sekarang,
Aku duduk termenung di sini.
Merenung kembali detik-detik hilai dan tawa aku
Rasanya kali terakhir aku ketawa kuat dengan sepenuh hati adalah pada minggu lepas.
Kurang daripada 10 hari sudah.

Dan kemudian menjadi serius.
10 Hari.
Lama juga.

Aku bermonolog dalaman.
"Mungkin aku perlu mencari hobi."
"Aku perlu masa untuk diri sendiri."

Dan kini ku kembali mencoret.
Mengarang lagi.
Perkara yang aku suka dulu.

Kepada diriku,
Ku ilhamkan kembali blog ini.
Aku akan kembali menulis.

#tinta_pena
' k a n  t u l i s  s e l a g i  m a m p u



No comments:

Post a Comment

٦ رمضان ١٤٣٩

٦ رمضان ١٤٣٩ . بسم الله الر حمن الرحيم. Ya Allah, segala puji hanya bagi Mu, Tuhan sekalian alam. Hari ni sudah 6 Hari umat Islam di selu...